Saturday, July 19, 2008

permulaan

mulanya
Suda sekian lama hajat di hati untuk menjadikan tulisan sebagai hobi tetapi sentiasa ada kekangan, harapan agar ia akan berterusan menjadi wadah dalam diri ini. Berbagai isu semasa sedang hangat dikatakan masa kini tetapi penulis ingin menolak untuk bercakap berkenaan isu -isu tersebut daripada isu debat anwar-shabery hinggalah ke isu altantuyah. Bukan hati tidak berminat tetapi posting sebegitu sudah berlambak di laman-laman blog popular apatah lagi lahir sememangnya diri ini sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan biarlah apabila penulis menulis berkenaan isu terbabit membawa satu idea baru yang punya fakta dan hujah yang baru untuk digunakan oleh pembaca sekalian.
dulu dan kini
dulu penulis pernah bergelar siswa dan kini setelah tamat pengajian alhamdullilah ada rezeki datang walaupun bukan pekerjaan yang tetap lagi. memang keadaan ekonomi sekarang adalah satu masalah serius yang mungkin jika di salah catur oleh pemimpin negara maka akan menyebabkan musibah besar. Limpahan ekonomi malaysia di zaman peningkatan harga komoditi adalah cukup lumayan. Malaysia pengeksport utama minyak sawit di dunia, antara pengeksport utama getah. Dan ia merupakan satu limpahan ekonomi yang cukup lumayan. Para pekebun getah dan peladang sawit cukup gembira dengan kurniaan ini. insyAllah penulis akan kemuka statistik yang jelas dengan angka dalam tulisan-tulisan akan datang dalam membicarakan isu-isu ini.
sabah yang satu
penulis kini berada sabah atas urusan keluarga dan berpeluang untuk melihat satu perspektif yang cukup berbeza yang menjadi satu adab kebiasaan di sini. Jika di tempat kelahiranku,bahkan ketika penulis menuntut dikawasan yang telah diisytiharkan oleh kerajaan DUN ke12 selangor sebagai kawasan ilmuan apabila pembeli menyakat penjual jika harga barang dinaikkan maka penjual segera memalingkan isu " minyak dah naikla , kak" itu dan ini ,tetapi di sabah tiada lontaran yang di"mulut"kan penjual seolah -olah tiada apa yang berlaku. Persepsi di minda penulis, sama ada penjual tidak kisah rungutan pembeli atau penjual memang tidak ambil kira apa yang berlaku di dunia bahkan di malaysia ataupun semuanya pasrah sahaja. Bahkan yang bertambah menghairankan jarang sekali mendengar rungutan pembeli. Dihati penulis, sabah adalah berbeza.
pelajar, guru dan nilai intelektual di universiti.
suatu masa dahulu ketika menuntut di tempat yang penulis nyatakan di atas, seorang pensyarah yang popular dikalangan pelajar pusat pengajian kami yang cukup hebat dengan teori dan falsafahnya pernah menyatakan bahawa kritik sosial adalah satu keperluan seseorang individu itulah yang penulis faham berdasarkan kuliahnya. Falsafahnya merangkumi aspek bahasa, sains dan sosial dan lain-lain cabang. oleh itu, ketika menunggu peluang mendapatkan kerja yang lbih baik penulis ada mengajar di lebih daripada 1 sekolah dalam masa 5 bulan selain membuat kelas tuisyen. 1 soalan wajib yang sering ditanyakan penulis adalah sejauh mana prestasi subjek matematikmereka dan adakah bahasa Inggeris menjadi faktor penentu. kebanyakkan menjawab ya. Bahkan apabila penulis bertanyakan tentang kaedah pengajaran guru berkaitan penggunaan bahasa mereka menyatakan guru juga kadang -kadang menggunakan bahasa kebangsaan. Jerman , sebuah negara paling maju bidang sains dan mempunyai ramai penyelidik menggunakan bahasa asal usul mereka, begitu juga jepun. bahasa tidak melambatkan intelektual seseorang ia adalah sekadar alat bantu dalam proses komunikasi dan berfikir, kini pelajar negara ini menulis dalam bahasa Inggeris tetapi berfikir dalam bahasa melayu. Makin ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang setiap kali keputusn peperiksaan diumumkan. Jika silibus kini sudah menjadi semakin baik dikuasai pelajar, mungkin perlu satu tahap Kementerian pelajaran meningkatkan tahap dan kualiti silibus, bukan sekadar menambahkan warna pada buku teks semata.
fitrah manusia
manusia adalah insan yang lupa, petang mengikut nafsu sedang malam bersama malaikat. maka segala kekurangan mohon dimaafkan. semoga tiap yang dicoretkan disini disisipkan dengan rasa tanggungjawab sebagai hambaNya. sekian wassalam.